Segala puji bagi bagi Allah Tuhan sekalian alam, yang masih memberikan udara bagi nafas yang dihela, memberikan saya kehidupan yang bahagia dan nikmat yang tak terhitung banyaknya. Kesyukuran juga dipanjatkan kerana dengan izinNya akhirnya dapat saya menyediakan blog ini.
Blog ini diwujudkan sebagai platform untuk saya mengembangkan minat saya dan isteri dalam perniagaan atas talian serta sebagai wadah percambahan minda dan pertukaran idea serta buah fikiran bersama para pembaca blog ini.
Harapan saya blog ini akan menjadi tempat bagi saya memperluaskan jaringan biz keluarga saya dan menyediakan laman blog untuk blogger-blogger lain mengiklankan biz mereka.
Kepada anda semua, terima kasih kerana membaca blog ini. Saya amat menghargai pandangan dan sumbangan idea yang bernas. Keikhlasan anda mengutarakan pendapat dalam blog ini amat saya hormati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan